Profail Korporat
Apa yang bakal berlaku bila anda menggabungkan dengan serentak, kuasa luas Internet dengan satu konsep pemasaran berperingkat, di mana kedua-duanya mudah dipelajari dan bakal menjana pendapatan lumayan? Inilah Uptrend2u™, sistem perniagaan e-dagang perangkaian yang utama di dunia.
Uptrend2u™ adalah syarikat berpangkalan Internet dan pemasaran rangkaian yang membolehkan anda membina sebuah perniagaan antarabangsa, berpusat di rumah atau di pejabat anda sendiri. Ahli-ahli kami terdiri daripada individu-individu daripada segenap lapisan hidup, daripada pembiaya kewangan dan pihak pengurusan ahli strategis, kepada guru-guru, pesara dan siswa-siswazah baru; dengan mengenal pasti kekuatan dan bakat mereka, hari ini, yang tersebut di atas adalah pemilik-pemilik bangga dengan perniagaan berpangkalan Internet yang pesat.
Apabila anda menjadi Global Business Entrepreneur kami (GBE), anda akan diberi peluang untuk meraih potensi pasaran global yang luas menerusi laman web dengan laluan untuk memiliki perniagaan sendiri.
Anda akan disokong oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman, strategik dan amat bermotivasi, yang terdiri daripada peniaga rangkaian berjaya. Mereka tekad untuk membantu anda membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan anda, semua ini adalah untuk memenuhi matlamat dan impian anda.Seperti semua perniagaan, faktor masa adalah intipati penting. Mantapkan tumpuan anda, tampilkan langkah terbaik, dan bersedia untuk meraih peluang keemasan ini!
Dato’ Abdul Aziz Abu Bakari - Pengerusi (Uptrend International Sdn. Bhd.)
Dato’ Abdul Aziz bin Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Uptrend International Sdn Bhd pada 1 Februari 2009. Beliau menerima Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1975, Sarjana Muda Sains dalam Perniagaan Pertanian dari Universiti Negeri Louisiana, Amerika Syarikat pada tahun 1978, dan Sarjana Pentadbiran Perancangan (MBA) dari Universiti Dallas, Amerika Syarikat pada tahun 1980.
Dato’ Aziz adalah Pengarah Alternate kepada Dato’ Pahamin bin Ab. Rajab di AirAsia Bhd pada tahun 2004. Pada tahun 2005, beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia Bhd. Beliau kini Pengerusi Lembaga AirAsia Bhd dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Operasi.
Dari tahun 1981 hingga 1983, beliau adalah Pengarah Eksekutif Showmasters (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pengurusan artis dan promosi konsert. Selepas itu, beliau menyertai BMG Music dan menjadi Pengurus Besar dari tahun 1989 hingga 1997 kemudian sebagai Pengarah Urusan dari tahun 1997 hingga 1999.
Dato’ Aziz berkhidmat sebagai Pengerusi PAIMM (Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia atau “Academy of Malaysian Music Industry Association”) dan Pengerusi PRISM (Performance and Artists Rights Malaysia Sdn. Bhd.), sebuah badan kutipan bayaran hak milik bagi pihak pemuzik dan artis. Beliau juga Pengerusi Eksekutif VDSL Network Sdn Bhd.
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment